BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 4, 2010

DEDIKASI


Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Bersyukur aku ke hadrat Illahi di atas keputusan SPM yang aku terima pada Mac yang lalu. Mungkin kejayaanku itu tidaklah sehebat kejayaan hambaNya yang lain. Namun sejuta rasa kesyukuran aku masih panjatkan kepada Illahi atas nikmat yang telah Dia kurniakan kepadaku ini. Ini kerana, aku menyedari bahawa ada lagi mereka yang berada di luar sana yang kurang bernasib baik daripada diriku.
Alhamdulillah...

Dedikasi ini aku tujukan buat mama dan papa kerana telah banyak memberi nasihat, dorongan dan galakan kepadaku selama ini. Yang sentiasa memahami anakmu ini tatkala berada di ambang peperiksaan. Segala jasa mama dan papa tidak akan aku lupakan sampai bila-bila.

Tidak lupa juga buat semua guru yang telah menabur jasa dan bakti mereka selama aku masih bergelar sebagai seorang pelajar. Yang tidak jemu-jemu menjawab persoalan yang aku ajukan kepada kepada kalian semua. Bermula dari alam tadika hingga ke alam sekolah rendah dan seterusnya ke peringkat sekolah menengah.

* Buat cikgu AddMaths: I'd tried my best to get a good grade in SPM last time. I'm really work hard for it. But, that's all I can get.
* Buat Cikgu KHB-KT(T1-T3): Saya amat menghargai segala nasihat dan dorongan cikgu kepada saya. Yang juga telah menjadi pembakar semangat saya untuk terus berusaha di kala saya lemah menempuh segala kesusahan yang di alami dalam menuntut ilmu.

TERIMA KASIH, CIKGU!!!

Buat seorang sahabat; persahabatan kita yang bermula sejak 10 tahun yang lalu masih segar di ingatanku hingga ke hari ini. Terima kasih di atas segala nasihat dan pertolongan yang telah engkau berikan. Engkau yang melihat tawa dan tangisanku, jatuh dan bangunku tetap setia berdiri di sisi aku. Aku berharap agar persahabatan kita akan sentiasa dipelihara olehNya...
Amin...

Dedikasi ini juga tidak lupa aku tujukan buat rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantuku tatkala aku menghadapi masalah dalam pelajaran. Terima kasih kepada kalian semua kerana sanggup membantuku dalam pelbagai permasalahan di dalam menuntut ilmu.

Tiada hadiah yang berharga buat kalian; yang ada cumalah doa yang senantiasa aku titpkan buat kalian semua di kala aku menunaikan kewajipan kepadaNya.

Sekali lagi, TERIMA KASIH SEMUA...

0 comments: